Tentang Easy Ngaji
Memudahkan Pembelajaran Al-Quran
Di Easy Ngaji, kami berazam untuk menyederhanakan pengalaman pembelajaran al-Quran dan menjadikannya sumber kegembiraan bagi setiap pelajar. Kami percaya bahwa setiap orang berhak untuk mempelajari al-Quran dengan cara yang mudah dan menyenangkan, tanpa mengira latar belakang atau tahap pengetahuan mereka.
Easy Ngaji Go adalah portal e-learning (atau lebih dikenali dengan LMS, Learning Management System) yang menyediakan akses rakaman kelas & seminar berserta e-nota dan soalan kuiz untuk ulangkaji. Pelbagai koleksi e-book, e-poster, rakaman audio al-Quran, video syarah ringkas juga terdapat di Easy Ngaji Go. Klik sahaja butang di bawah ini.
3 LANGKAH MUDAH
Kuasai Al-Quran
Pilih Program Yang Sesuai
Mengikut tahap kefasihan dan kesesuaian
Daftar Sebagai Peserta
Dan buat pembayaran untuk penetapan tarikh & masa
Mula Sesi Pembelajaran
Terima maklumat kelas dan mulakan perjalanan kelas anda
program kenali al-quran
Kelas & Seminar Terbaharu
Lihat semua kelas & seminar terbaharu dan akan datang...
Klinik Tajwid Dewasa Bersiri
Program pembelajaran khas untuk membantu orang dewasa memahami dan memperbaiki bacaan al-Quran secara tersusun. Setiap siri memberi fokus kepada satu topik tajwid melalui teori ringkas, contoh ayat dan semakan bacaan praktikal.
Tahsin My Surah
Melalui pendekatan teori ringkas, penerokaan contoh ayat dalam al-Quran dan semakan bacaan secara praktikal, peserta dibimbing secara berperingkat (sesi) untuk mengenal pasti serta membetulkan kesilapan bacaan yang sering berlaku tanpa disedari.
Tadabbur My Surah
Program pembelajaran al-Quran yang membimbing peserta memahami makna ayat, mesej utama dan aplikasi dalam kehidupan. Disusun secara berperingkat (sesi) dan mudah difahami untuk pelajar dewasa.
Apa Kata PelaJAR
Testimoni
