USTAZ HAMBALI BIN ASHARI

Saya adalah salah seorang guru Al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar Al-Quran dari peringkat asas, tajwid sehingga khatam Al-Quran sejak dari tahun 2012.Saya berasal dari Alor Setar, Kedah dan merupakan anak keempat dari enam beradik. Saya berhijrah ke Kuantan, Pahang selama lebih kurang 10 tahun, dan sekarang saya sudah kembali menetap di Alor Setar, Kedah sejak 2019

Pendidikan

PERINGKAT MENENGAH

Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah

DIPLOMA

Bidang Syariah Islamiyah di Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH)

IJAZAH SARJANA MUDA

 Universiti Al-Azhar, Mesir

Pengalaman

Sebelum pulang dari Universiti Al Azhar Mesir, saya sempat mempertajamkan bacaan saya dengan bertalaqqi Al-Quran bersanad dari Sheikh Nabil bin Muhammad, salah seorang pakar dalam bidang bacaan Al-Quran di sana. Saya bermula mengajar Al-Quran dengan mengajar secara persendirian kepada kenalan dan kemudian mengajar di kelas KAFA persendirian semasa di Kuantan antara tahun 2012 hingga 2018. Saya juga mengajar Al-Quran di beberapa sekolah persendirian sekembali ke Alor Setar antara tahun 2019 hingga 2021. Sekarang, saya memberi khidmat pula  kepada anak-anak jiran selain kelas-kelas atas talian dan talaqqi secara persendirian dengan jumlah pelajar lebih kurang 30 orang. Walaupun sedemikian, saya masih lagi menambah ilmu dalam bidang bacaan Al Quran dengan merujuk kepada beberapa guru yang diyakini kepakaran mereka.

Sijil & Pengiktirafan

Gambar Mengajar

Video Mengajar

Impian dan harapan saya dalam pengajaran Al-Quran ini ialah untuk bersama membantu masyarakat Islam kita lebih celik Al-Quran dalam menempuh suasana yang penuh cabaran pada masa kini.

Ingin Di Bantu Di Dalam Kelas Bimbingan Mengaji Individu Secara Online Bersama Saya?