USTAZ HADI

Saya adalah salah seorang guru Al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar Al Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam Al Quran sejak dari  tahun 2017 sehingga kini.

Saya berasal dari Ipoh Perak. Merupakan anak yang ke-2 daripada 3 orang adik beradik dan sekarang masih lagi menetap di Ipoh . Sudah berkeluarga dan alhamdulillah telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Pendidikan

PENDIDIKAN AWAL

Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan, Ipoh, Perak.

PERINGKAT MENENGAH

Sekolah Menengah Agama Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak.

PENGAJIAN TINGGI

Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak dalam bidang syariah (pengajian Islam).

PENGAJIAN BAHASA ARAB

Pusat Pengajian “Markaz Lughat ” Kaherah Mesir.

Pengalaman

Pengalaman saya belajar dan mengajar Al Quran bersama Easy Ngaji. Saya berpengalaman mengikuti Kursus Hafazan Neurofisiologi dan Kursus Asas Tajwid dan saya juga telah mendapat pengiktirafan Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dhabtul Quran dan Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid. Saya juga memiliki sanad bacaan Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt Mesir dalam pengkhususan  Riwayat Hafs Qiraat ‘Asim Al-kufi  dalam Thoriq Shatibiyyah. Saya juga berpengalaman mengendalikan beberapa seminar seperti , improve my fatihah , seminar makhraj dan sifat huruf , seminar rahsia simbol , tadarus quran , seminar tarannum murattal , dan juga perkongsian-perkongsian santai yang melibatkan tentang Quran.

Saya juga berpengalaman  mengendalikan kelas-kelas seperti talaqqi am, kelas intensif tajwid , kelas mastery makhraj dan sifat. Alhamdulilah atas izin Allah, saya dapat berkongsi ilmu ini kepada ramai orang dan ia  melibatkan ribuan  pelajar atau peserta sejak dari tahun 2017. Kini saya masih aktif membuat siaran langsung pada setiap 8.30 pagi melalui facebook Easy Ngaji dengan kaedah berkongsi bacaan Al-Quran dan perkongsian ilmu tajwid. Pada masa yang sama saya juga masih mengikuti pengajian-pengajian yang berkaitan dengan bidang Al-Quran  seperti kelas qiraat dan seumpamanya dengan tujuan menambah pengetahuan dan dapat membantu saya untuk berkongsi kepada para pelajar berdasarkan ilmu yang saya perolehi.

Video Mengajar

Testimoni Pelajar

Saya setuju dengan Easy Ngaji. KITA jaga Al-Quran, Al-Quran jaga KITA.

BONDA MULYATI
Peserta

Impian dan harapan saya ialah, semoga secebis ilmu yang saya miliki ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya khusus buat diri sendiri dan harapan saya juga ialah ilmu ini dapat dikongsi  kepada masyarakat dan sekaligus dapat  membantu masyarakat diluar sana yang amat dahagakan ilmu berkaitan Al-Quran ini. Semoga ia menjadi bekalan akhirat saya.

Akhir kata, buat yang sedang membaca ini, semoga anda sentiasa dalam rahmat ALLAH, sentiasa istiqamah dalam segala amal, semoga Al-Quran ini menjadi syafaat buat kita kelak. Amin ya rabb. 

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Kelas2 Yang Ditawarkan Oleh Easy Ngaji