Anda dah lama nak upgrade diri sebagai guru Al-Quran yang mempunyai ilmu serta teknik yang proven dan berkesan?

Dah selalu mengajar Al Quran, tapi tak pasti ok atau tidak?
Mencari kaedah mengajar yang lengkap, modul yang sedia ada rasa tapi tak cukup padu lagi?
Dah cuba macam-macam cara untuk kembangkan kelas mengaji sendiri?

Salam perkenalan dari saya…

USTAZ AZIZOL

Saya Azizol bin Kasnan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azizol.  Saya merupakan pengasas kepada Easy Ngaji Learning Centre di bawah pengurusan Syarikat Azizol Legacy Sdn Bhd. Saya juga adalah seorang Pengarang Modul Asas Kemahiran Bacaan Al-Quran bermula dari peringkat Asas hingga Hafazan Al-Quran. 

Saya dan Team Easy Ngaji juga menjalankan kelas, program, seminar dan bengkel untuk tutor bagi mengembangkan ilmu pendidikan Al-Quran kepada masyarakat yang mahu membaca Al-Quran dengan baik.

Saya juga merupakan Peneraju Modul Smart Al Fateh dan Bengkel Guru Al Quran Berkaliber (BGAK).

PENDIDIKAN

Saya merupakan Graduan Program Sijil Asas Perguruan Al Quran (SAPQ) dan juga merupakan Graduan Sanad 30 Juzuk Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Thoriq Asy Syatibiyyah daripada Syeikh Redha Al’Ilwani

Selain itu, saya juga merupakan seorang guru Al-Quran terlatih di bawah program Akademi Al-Baghdadi, seorang pengusaha Pusat Pendidikan Al Quran Al Baghdadi dan Pusat Pengajian Al-Quran Easy Ngaji. Impian saya adalah membantu masyarakat untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup serta menyebarkan dakwah.

PENCAPAIAN

Saya seorang pengarang modul pendidikan Al-Quran bagi kegunaan para guru dan masyarakat di bawah bimbingan program Legend Blueprint Menthoring. 

Antara modul yang telah dibangunkan oleh saya dan Team Easy Ngaji adalah modul Asas Al-Quran Smart Al Fateh 1, modul Asas Al-Quran Smart Al Fateh 2, modul Asas Tajwid Al-Quran Smart Al Fateh 3 dan modul Asas Hafazan Juzuk 30 Smart Al Fateh. Insya-Allah akan ada lagi beberapa modul yang akan dibangunkan dari semasa ke semasa dalam bentuk fizikal dan digital.

Saya juga telah dibantu beberapa kali oleh sahabat LBM dalam menyertai pesta buku & untuk memperkenalkan modul-modul kami. Antaranya adalah Jualan Buku di Pesta Buku Selangor dan Bazar Buku Perpustakaan Raja Tun Uda.

Saya dan team Easy Ngaji juga telah mendapat jemputan untuk mengadakan program bersama agensi kerajaan, agensi swasta, institusi pendidikan, institusi masjid dan lain-lain. 

PENGALAMAN

PROGRAM PENSIJILAN GURU ASAS AL QURAN SMART AL FATEH

WEBINAR HAFAZAN TEKNIK 5 JARI 

PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI SOLAT 

PROGRAM CUTI SEKOLAH HAFAZAN TEKNIK 5 JARI MADRASAH MUHAMMADIAH, KG DATO AHMAD SAID TAMBAHAN 2, IPOH

PROGRAM CUTI SEKOLAH HAFAZAN TEKNIK 5 JARI MADRASAH MUHAMMADIAH, KG DATO AHMAD SAID TAMBAHAN 2, IPOH

MAJLIS MEMETERAI SURAT JALINAN JALINAN KERJASAMA INDUSTRI BERSAMA KOLEJ POLY TECH MARA IPOH

BAHAN PEMBELAJARAN

TESTIMONI PELAJAR
MODUL SMART AL FATEH

TESTIMONI ASAS ONLINE EASY NGAJI | TUAN HAKIM LOKMAN
TESTIMONI ASAS ONLINE EASY NGAJI | PN ROZIANA DAN EN AHMAD
PENCAPAIAN PELAJAR HAFAZAN TEKNIK 5 JARI - PUAN HALIJAH HASHIM
TESTIMONI PELAJAR HAFAZAN TEKNIK 5 JARI

Dapatkan Video ‘Penerangan Modul’ secara percuma