USTAZ AZIZI

Saya adalah salah seorang guru Al Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar Al Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam Al Quran sejak dari tahun 2021.

Saya Azizi Amsyar Bin Azmi, anak jati Baling, Kedah merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik dan kini sedang menetap di Gombak, Selangor.

 

Pendidikan

PENDIDIKAN AWAL

Sekolah Kebangsaan Baling, Kedah.

PERINGKAT MENENGAH

Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sg. Petani, Kedah.

PENGAJIAN TINGGI

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Kewangan Islam.

TAMBAHAN PENDIDIKAN

Berpengalaman sebagai sukarelawan dalam beberapa program berteraskan Al Quran di peringkat universiti seperti fasilitator program Tahsin Buddies, IQRA’ Fun, Smart Tahfiz

Merupakan ahli aktif kelab Jam’iyyatu Khadamatil Quran (JKQ) IIUM.

Pernah bertalaqqi Al Quran dengan beberapa orang guru serta mempelajari beberapa matan tajwid yang masyhur.

Pengalaman

Pengalaman saya belajar dan mengajar Al Quran bersama Easy Ngaji ini bermula sejak tahun 2021 dan pernah mengendalikan beberapa jenis kelas termasuk Tajwid dan Talaqqi Kanak-Kanak, Tajwid dan Talaqqi Dewasa, Hafazan Kanak-Kanak, dan Halaqah Quran Online serta kelas Bimbingan Mengaji Individu (BMI). Sehingga kini mempunyai hampir 25 orang pelajar dari pelbagai peringkat umur termasuk daripada Malaysia dan Singapura.

Video Mengajar

Saya berharap agar dapat membantu dan membimbing seramai mungkin umat Islam bukan sahaja untuk celik dan dapat membaca Al Quran dengan baik malah dapat mempraktikkan isi kandungan Al Quran dalam kehidupan seharian selaras dengan perkembangan dunia hari ini yang semakin canggih dengan teknologi terutamanya di peringkat kanak – kanak, remaja dan juga belia.

Ingin Dibantu Di Dalam Kelas Individu Secara Online Bersama Saya