USTAZAH NURAIN AFIFAH BT ABDUL HAKAM

Saya Ustazah Ain Afifah merupakan salah seorang guru Al Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar Al Quran dari peringkat asas tajwid, sehingga khatam Al Quran sejak dari tahun 2023. Saya berasal dari Selangor dan saya merupakan anak yang ke lapan dari sepuluh orang adik beradik dan sekarang ini saya menetap di Rawang.

Pendidikan

PERINGKAT MENENGAH

Sekolah Menengah Intergrasi Sains Tahfiz MAIWP (2013 hingga 2017)

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA

Maahad Yaakubiah Nipah, Bachok

IJAZAH SARJANA MUDA

Bidang Bahasa Arab dan Kesusateraan, di UIAM, Gombak

Pengalaman

Pengalaman saya mengajar Al Quran ialah sejak thun 2021 lagi, iaitu maksimum pelajar saya ialah seramai 10 orang secara berkumpulan dan juga individu. Saya pernah mengajar Al Quran di bawah dua syarikat iaitu yang pertama di Pusat Intensif Al-Asyraf dan yang kedua di platform Mengaji Online, dan kedua duanya secara di atas talian. Buat masa sekarang ini, saya masih belajar Al Quran secara bertalaqi bersama seorang Ustaz dari Baitul Itqan, di mana bacaan saya akan diperiksa oleh beliau secara talaqi dan berkumpulan

Sijil & Pengiktirafan

Gambar Mengajar

Video Bacaan Al Quran

Impian dan harapan saya dalam belajar dan mengajar Al Quran ialah untuk membantu mereka yang masih tidak mahir dalam bacaan Al-Quran supaya dapat membaca dengan lancar dengan tajwid yang betul. Selain itu, saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada berkaitan Al Quran dan Tajwid dengan pelajar-pelajar saya tidak kira muda atau tua. Dengan itu, saya berharap usaha ini dapat meningkatkan tahap kelancaran bacaan dan kualiti pelajar dalam pembacaan Al-Quran, serta mendapat ganjaran dari Allah di dunia dan akhirat. Lillahitaala. InshaAllah.

Ingin Di Bantu Di Dalam Kelas Bimbingan Mengaji Individu Secara Online Bersama Saya?