USTAZ HAZIM

Saya adalah salah seorang guru Al Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar Al Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam Al Quran sejak dari 2015. Saya Muhammad Hazim Bin Sharir, anak jati Merlimau Melaka. Merupakan anak yang ke-2 daripada 4 adik beradik dan sekarang menetap di Sungai Buloh, Selangor. 

Pendidikan

PERINGKAT RENDAH

Sekolah Rendah Arab Jaim Merlimau Pasir Melaka

PERINGKAT MENENGAH

Sekolah Menengah Arab Al-Ahmadi Sungai Udang Melaka

PENGAJIAN TINGGI

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

TAMBAHAN PENDIDIKAN

Berpengalaman sebagai sukarelawan, dan penggerak dalam beberapa program khusus dalam pendidikan al quran seperti fasilitator program Tahsin Al Quran, Mari Bertadabbur. Merupakan ahli aktif persatuan Maaruf Club IIUM.

Pengalaman

Pengalaman saya mengajar Al Quran di Easy Ngaji bermula tahun 2020 sehingga kini. Jumlah pelajar saya sehingga sekarang hampir 17 orang. Saya berpengalaman mengendalikan beberapa jenis kelas antaranya ialah Halaqah Quran Online, Quran Online Class, Bimbingan Mengaji Individu (BMI), Seminar Al Fatihah Pro. Saya mempunyai hampir 30 pelajar dari pelbagai umur termasuk Sabah, Sarawak dan juga Singapura.

Impian dan harapan saya adalah untuk melahirkan seramai mungkin masyarakat islam yang baik bacaannya, yang mana bukan sahaja cintakan Al Quran, malah sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi quality bacaan “from zero to hero” dan mampu mengajarkan kepada orang lain.

Ingin Dibantu Di Dalam Kelas Individu Secara Online Bersama Saya