TAJWID GO diwujudkan oleh Easy Ngaji sebagai portal online untuk membantu orang ramai memperbaiki bacaan Al Quran. Easy Ngaji telah beroperasi sejak tahun 2014 di dalam bidang pengajian Al-Quran dan telah membantu hampir 1500 orang pelajar.
TAJWID GO ini dibina khas bagi golongan yang tidak dapat hadir ke kelas, golongan yang mempunyai komitmen bekerja seperti kerja shif.
Di sini para peserta akan dibantu dengan penjelasan hukum-hukum tajwid dengan cara yang mudah. Rasai pengalaman yang BERBEZA dalam MEMPELAJARI TAJWID secara online yang bakal membantu para peserta dalam belajar Al-Quran.
Dah belajar tajwid banyak kali tapi masih susah nak hafal hukum tajwid menyebabkan bacaan tersangkut-sangkut
Masih lagi tak tahu keseluruhan hukum tajwid menyebabkan anda main langgar je baca tanpa sedar kesalahan anda.
Segan atau malu nak pergi kelas sebab takut dengan ejekan dan momokan menyebabkan sampai sekarang tak pergi kelas.
Anda niat nak pergi kelas baiki bacaan Al-Quran tapi anda penuh dengan komitmen kerja dan keluarga.
Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan, kemudian peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Madrasah Idirisiah dan menyambung pengajian tinggi di Universiti Sultan Azlan Shah dalam bidang syariah (pengajian islam) . Seterusnya beliau meneruskan pengajian Bahasa Arab di Pusat Pengajian “Markaz Lughat” Kaherah Mesir .
Kini beliau berkhidmat di Easy Ngaji Ipoh sebagai Eksekutif Akademik dan Ketua bagi kesemua Tenaga Pengajar di sini. Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, beliau telah mengikuti Kursus Hafazan Neurofisiologi dan Kursus Asas Tajwid.
Beliau mendapat pengiktirafan Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid.
Beliau turut memiliki Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt Mesir dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.
JOM LIHAT APA KATA MEREKA YANG TELAH BERSAMA KAMI
Jika perlukan bantuan, hubungi pegawai khidmat pelanggan kami untuk daftar keTajwid Go