Rezeki aku berkat atau tidak?
Mencari rezeki halal adalah salah satu tuntutan agama. Untuk memenuhi keperluan kehidupan, kita memerlukan wang atau harta benda yang diperoleh lazimnya daripada gaji atau sebarang pekerjaan yang kita lakukan.
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud ;
“Akan datang suatu masa pada umat manusia, mereka tidak lagi peduli dengan cara mereka untuk mendapatkan harta,apakah melalui cara yang halal atau dengan cara yang haram.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Cara mendapatkan keberkatan rezeki ?
- Jangan mencuri harta majikan.
– Penggunaan mesin fotostat, harta benda syarikat untuk kegunaan sendiri tanpa pengetahuan majikan. - Jangan ‘curi waktu’ ketika berkerja.
– Rehat lebih lama daripada masa yang diberi, curi tulang atau menipu waktu hadir dan pulang berkerja. - Pastikan prestasi kita “meet the expectation”.
– Pastikan kita buat sesuatu perkara seperti yang diminta atau berbuat lebih agar mendapat rezeki yang berkat dan bukan lakukan pekerjaan ‘janji siap’. - Niat setiap kali hadir berkerja.
– ‘Innama a’malu binniat’. Dengan niat yang positif dan memulakan hari dengan niat memperoleh rezeki halal,seseorang itu akan berkerja dengan semangat. - Saling membantu dan berkerjasama (Rakan sekerja)
– Elak perasaan dengki dan iri hati. Dalam sesebuah syarikat, setiap pekerja perlu saling berkerjasama dalam memajukan syarikat dan memudahkan urusan rakan sekerja yang lain.

Meski gaji yang diperoleh adalah daripada syarikat ataupun majikan, seseorang perlu ingat bahawa Allah adalah sebenar-benar pemberi rezeki. Justeru, syarikat adalah sebagai wasilah iaitu jalan pengantara. Seseorang perlu menjaga solat demi memastikan kita sendiri berada di landasan yang betul dan tidak menjadi hamba dunia semata-mata.
Firman Allah :
“Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, ketika pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
(Surah al-A’raf 7: 205)
SUMBER
1.https://www.pressreader.com/
2.https://www.mohdzulkifli.com/
3. Berita Harian Metro