Anda akan mempelajari secara teori jenis kesalahan yang boleh berlaku di dalam Al-Quran iaitu Kesalahan Nyata dan Kesalahan Tersembunyi.
Anda akan didedahkan dengan kesalahan-kesalahan yang sering berlaku di dalam Al-Fatihah yang sering kita lakukan.
Anda akan diperdengarkan dengan bacaan Fatihah yang betul dan sempurna. Dan anda juga akan didedahkan dengan bahagian yang penting dalam Al-Fatihah.
Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan, kemudian peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Madrasah Idirisiah dan menyambung pengajian tinggi di Universiti Sultan Azlan Shah dalam bidang syariah (pengajian islam) . Seterusnya beliau meneruskan pengajian Bahasa Arab di Pusat Pengajian “Markaz Lughat” Kaherah Mesir .
Kini beliau berkhidmat di Easy Ngaji Ipoh sebagai Eksekutif Akademik dan Ketua bagi kesemua Tenaga Pengajar di sini. Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, beliau telah mengikuti Kursus Hafazan Neurofisiologi dan Kursus Asas Tajwid.
Beliau mendapat pengiktirafan Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid.
Beliau turut memiliki Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt Mesir dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.
JOM LIHAT APA KATA MEREKA PADA SEMINAR KAMI SEBELUM INI
SEMINAR FATIHAH PRO ONLINE 2.0
SEMINAR FATIHAH PRO ONLINE 1.0