Webinar ini PERCUMA sahaja. Baca terus di bawah

Tahu tak sebenarnya ada rahsia di sebalik simbol Al-Quran yang kita baca setiap hari.

Simbol di dalam Al-Quran sebenarnya banyak membantu untuk kita lebih mudah dan cepat baca Al-Quran.

KLIK PADA BUTANG MERAH UNTUK MENDAFTAR

Tempat terhad pada 500 orang sahaja

Apa yang kami akan kongsikan kepada anda di dalam webinar ini?

Topik Pertama : Hamzah Wasol

Pasti anda pernah terjumpa ayat ni dalam Al-Quran kan?

Bagaimana nak mulakan ayat ni? Baris depan ke? Baris bawah ke baris atas?

Dan apa itu hamzah wasol?

Jawapannya ada dalam webinar ini nanti.

Topik Kedua : Bacaan Khusus Riwayat

Pasti anda pernah terjumpa ayat ni juga dalam Al-Quran kan?

Bagaimana nak baca ayat ini? Kenapa ada tanda diamond pada ayat ni?

Dan apa itu bacaan khusus riwayat?

Jawapannya ada dalam webinar ini nanti.

USTAZ ABDUL HADI TAJUL

Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan, kemudian peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Madrasah Idirisiah dan menyambung pengajian tinggi di Universiti Sultan Azlan Shah dalam bidang syariah (pengajian islam) . Seterusnya beliau meneruskan pengajian Bahasa Arab di Pusat Pengajian “Markaz Lughat” Kaherah Mesir .

Kini beliau berkhidmat di Easy Ngaji Ipoh sebagai Eksekutif Akademik dan Ketua bagi kesemua Tenaga Pengajar di sini. Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, beliau telah mengikuti Kursus Hafazan Neurofisiologi dan Kursus Asas Tajwid.

Beliau mendapat pengiktirafan Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid.

Beliau turut memiliki Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt Mesir dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.

Sejak tahun 2019, beliau telah mengendalikan beberapa program dan seminar yang melibatkan ribuan peserta dan pelajar. Antaranya Seminar Easy Tajwid, Seminar Fatihan Pro, Seminar Makhraj Huruf, Seminar Sifat Huruf dan Kelas Intensif Tajwid Online. 

Apa kata mereka yang sudah bersama kami?