Pernah tak kita tanam impian untuk Ramadan tapi hilang semangat?

Kita tanam niat nak berubah jadi lebih baik tapi kita tak tahu nak start macam mana......

Tak ada orang di sekeliling kita yang berikan kata semangat atau motivasi untuk kita teruskan perjalanan ini.

Anda bukan keseorangan.... Jangan sedih ye?

Kami di Easy Ngaji sediakan Ramadan Circle.

Satu komuniti untuk jadikan kita sentiasa ada dalam kebaikan.

Kita sama-sama bangunkan jiwa yang selama ni lalai dan leka.

Kita jadikan Ramadan kali ini kita dapat jadi lebih baik.

Boleh?

Kami berusaha untuk jadikan Ramadan kita terisi dengan perkara-perkara yang baik.

Ada beberapa slot kami sediakan dalam Ramadan Circle ini.

Yang pertama, kami sediakan Koleksi Video Aku Ingin Pulang.

Aku Ingin Pulang menceritakan tentang gambaran perjalanan kita sebagai seorang hamba bermula dari Alam Roh sehingga ke Alam Mahsyar. Menuju ke destinasi terakhir kita sama ada Syurga atau Neraka. 

Mempunyai 15 Episod akan ditayangkan pada tarikh ganjil sepanjang bulan Ramadan. Antara tajuknya, Perjanjian Yang Dilupakan, 9 Bulan 10 Hari, Tangisan Pertama, Tiupan Sangkakala, dan banyak lagi.

Tonton video persediaan menuju perjalanan Aku Ingin Pulang ini dahulu

Yang kedua, kami sediakan Koleksi Video Bacaan Surah Pilihan oleh Ustaz Abdul Hadi

Dalam Koleksi Bacaan Surah Pilihan ini ada 3 Surah yang dipilih iaitu Surah Al-Mulk, Surah Ar-Rahman & Surah Al-Waqiah. 

Yang ketiga, kami sediakan juga slot Transformasi Ramadan.

Transformasi Ramadan adalah satu slot Voice Chat pengisian setiap hari jam 8.15 pagi sebagai satu suntikan semangat buat diri kita pada setiap hari sepanjang Ramadan ini bermula 28 Mac 2022.

Ada 3 tajuk yang akan dikongsikan oleh 3 orang panel. Antara tajuknya Permulaan Jalan Hidayah, KepadaMu Aku Kembali, & Apabila Beduk Diketuk.

Ini 3 sesi Voice Chat sebelum ini.

Yang keempat, kami sediakan juga slot Tadabur 1 Hari 1 Surah.

Selama ni baca Al-Quran tapi tak faham intipati setiap surah? Di dalam Tadabur 1 Hari 1 Surah kita nak melihat pada intipati surah-surah tertentu yang ada di dalam Al-Quran agar kita dapat menghayati maksud ayat-ayat Allah.

Yang kelima, khas sempena Nuzul Quran kami hadirkan PU Yeop.

Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran. Sempena Ramadan ini kita nak melihat kehebatan apabila meletakkan Al-Quran dalam kehidupan kita.

Anda akan bersama PU Yeop di dalam Webinar Hebatnya Berdamping Dengan Al-Quran pada 16 April 2022 jam 9.00 pagi. 

Yang keenam, kami sediakan Podcast Ramadan

Podcast Ramadan ini adalah siri Sembang Santai pada hujung minggu oleh beberapa orang panel Easy Ngaji berkongsikan tentang kelebihan Ramadan.

Pada 9 April 2022 jam 9 pagi akan dibincangkan tajuk Manfaat Ramadan. Manakala pada 23 April akan dikupaskan pula tajuk Penghujung Tanpa Noktah

Apa perasaan anda bila dapat lihat kesemua slot ini? Rasa seronok tak bila duduk dalam Ramadan Circle ni?

Dan lagi best, kesemua slot ni akan disediakan rakaman.

Ini adalah kesemua slot yang kami ceritakan tadi.

Berapa yuran pelaburan untuk bersama Ramadan Circle ini?

Bukan RM299

Bukan RM199

Bukan RM99

Sanggup tak laburkan tak sampai RM3 untuk setiap hari untuk duduk dalam Ramadan Circle ni nanti? Kami nak berikan lebih murah. Boleh?

Hanya RM79 sahaja

Ramadan Circle ini akan bermula 28 Mac ini. Daftar dulu, bayar kemudian pun boleh. Jom bersama kami.

Jika ada soalan boleh klik butang merah ini ye~

Atau boleh je daftar terus di website kami. Klik button di bawah