PROGRAM PERCUMA UNTUK ANDA

Khas untuk semua followers dan fans Easy Ngaji Ipoh. Terima kasih atas sokongan anda selama ini kepada kami. Atas tanda terima kasih kami menyediakan PROGRAM PERCUMA khas buat semua.

KULIAH DHUHA

Satu program yang berbentuk santapan rohani atau disebut tazkiyatul nafs (penyucian jiwa) untuk mengekalkan momentum keimanan dalam diri. Pelbagai tajuk yang akan dikupaskan seperti isu semasa, bab solat & fiqh, bab Al-Quran dan sebagainya. Program ini diadakan khas secara percuma agar dapat memberikan manfaat kepada masyarakat umum.

Setiap Hari Khamis (Minggu 1 & Minggu 3)
9.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi Tambun (Di Atas Dobi D Suci)

AKAN DATANG : 5 MAC 2020
TAJUK : KEAJAIBAN SOLAT
PENCERAMAH : USTAZ FAUZI SHAARI

AKAN DATANG : 19 MAC 2020
TAJUK : MENELADANI RASULLULAH SAW
PENCERAMAH : USTAZ FAUZI SHAARI

PROGRAM BEDAH TAJWID

Program Bedah Tajwid ini mengfokuskan pada bacaan surah-surah pilihan seperti Surah Al Mulk, Surah As Sajdah, Surah Ar Rahman dan Surah Al Waqiah. Bacaan surah ini bertalaqqi musyafaha (melihat gerakan mulut guru secara berdepan dengan teknik bacaan yang tepat) kemudian akan dirungkaikan dengan hukum hakam tajwid serta asas sebutan huruf. 

Setiap Hari Rabu (Setiap Minggu)
9.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi Tambun 02 (Atas Kedai Runcit Abu Bakar)

AKAN DATANG : 4 MAC 2020
BACAAN SURAH PILIHAN

AKAN DATANG : 11 MAC 2020
BACAAN SURAH PILIHAN

AKAN DATANG : 18 MAC 2020
BACAAN SURAH PILIHAN

AKAN DATANG : 25 MAC 2020
BACAAN SURAH PILIHAN

PROGRAM BACAAN SURAH AL KAHFI

Program ini dibina khas untuk  bimbingan bacaan Surah Al Kahfi agar dapat melatih diri secara umum agar bacaan ini konsisten pada setiap hari Jumaat (bermula malam Jumaat). Di samping itu, disediakan juga slot bedah tajwid bagi surah ini.

Setiap Hari Jumaat (Setiap Minggu)
9.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi Tambun (Di Atas Dobi D Suci)

Setiap Hari Khamis (Setiap Minggu)
8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi : Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi Tanjung Rambutan & Station 18

AKAN DATANG :
6 MAC 2020 | 9.00 PAGI -11.00 PAGI (TAMBUN)

5 MAC 2020 | 8.30 MALAM-10.30 MALAM (TANJUNG RAMBUTAN & STATION 18)

Tempah tempat anda bagi program PERCUMA kami. Isikan form di bawah :

PEJABAT KAMI