Pengambilan Kelas Dewasa

Anda masih mencari kelas mengaji bagi dewasa?

Belajar Al Quran bersama kami dari mula sehingga khatam Al Quran

semuanya bermula di sini

Siapa Kami?

Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, Easy Ngaji beroperasi di bawah kendalian Al Baghdadi Learning Centre. Bermula dengan 1 cawangan di Tambun, kini mempunyai 4 cawangan di sekitar Ipoh iaitu di Tambun, Ampang, Tanjung Rambutan & Station 18. Memiliki modul yang sistematik, kami menyediakan kelas Al Quran bermula 7 tahun sehingga 80+ tahun. Kami percaya pembelajaran Al Quran boleh menjadi menarik dan menyeronokkan untuk semua golongan.

Easy Ngaji ini dibina khas bagi menyediakan kelas, seminar, dan program dalam bidang pengajian Al Quran. Hampir 1,000 orang telah mengikuti kelas bersama kami sejak 2014 dan mendapat manfaatnya. Malah ada yang sudah mahir membaca Al Quran walaupun bermula dari zero!

Adakah anda orang yang seterusnyaa?…….

Sekejap. Adakah Anda Perasan Dengan Masalah-Masalah Di Bawah?

Anda ada masalah di atas? Ayuh kami bantu anda.

Di Easy Ngaji kami akan bantu anda mahir dalam membaca melalui beberapa cara seperti

Kami pisahkan kelas mengikut tahap pelajar seperti kelas mengenal huruf dan kelas tajwid.

Kami mempunyai modul dan silibus yang berstruktur.

Guru tidak akan bertanyakan soalan secara individu

Kelas kami hanya seminggu sekali sesuai untuk yang masih bekerja dan sering outstation.

Kelas kami khusus untuk orang dewasa sehingga umur 80 tahun

Kami Mempunyai 3 Tahap Kelas

Kelas Asas Al Quran

Kelas Asas Al Quran merupakan kelas pada Tahap 1. Kelas ini akan membantu para pelajar untuk mengenal huruf serta bunyi yang terdapat di dalam Al Quran. Kelas ini juga membantu para pelajar untuk melancarkan bacaan. Penggunaan alat bantu iaitu alat ketuk membantu para pelajar untuk lebih mudah faham.

Kelas Asas Tajwid

Kelas Asas Tajwid ini merupakan kelas pada Tahap 2. Kelas ini akan membantu para pelajar untuk memahirkan tajwid di dalam bacaan Al Quran. Para pelajar akan melalui pembelajaran secara teori tentang nama-nama hukum dan proses secara amali dengan mencari hukum-hukum tajwid di dalam Al Quran. Selain itu, para pelajar akan bertallaqi iaitu membaca Al Quran beramai ramai mengikut bacaan guru.

Kelas Talaqqi Am

Kelas Tallaqi Am ini merupakan kelas pada Tahap 3. Kelas ini akan membantu para pelajar untuk khatam Al Quran 30 juzuk secara berguru. Konsep kelas adalah para pelajar mengulang bacaan setelah guru membacanya. Selain itu, para pelajar akan diajar semula tentang tajwid secara ringkas.

Berapakah yuran pelaburan bagi kelas kami ini?

ANDA MASIH BERFIKIR??

Siapa sebenarnya yang patut hadir kelas kami ini?

Jom kita dengar apa kata mereka yang telah bersama kami

JOM SERTAI KELAS BERSAMA KAMI

Kini, kami membuka pengambilan di cawangan Tambun, Ampang, Tanjung Rambutan & Station 18

Klik "Daftar Kelas" di bawah

Bagi Kelas Asas Al Quran & Kelas Asas Tajwid, tempohnya adalah selama 6 bulan. Manakala bagi Kelas Talaqqi pula, tempohnya adalah 2 tahun.

Bagi kelas BMi pula, tempohnya memakan masa 2 tahun untuk khatam Al Quran tetapi bergantung pada permasalahan yang pelajar hadapi.

Kami tidak mempunyai kelas harian di sini. Kelas kami hanya seminggu sekali sahaja. 

Kelas kami tidak asing lelaki dan perempuan. Kelas dicampurkan tetapi tempat duduk diasingkan. Ini juga memberi peluang kepada ramai suami isteri untuk sertai kelas kami bersama sama.

Walaupun kami menetapkan sehingga 80 tahun untuk kelas-kelas kami tetapi kami tidak menghadkan umur kepada yang ingin menyertai kelas kami. Selagi ada kemampuan boleh sertai kami.

Servis kami tidak menawarkan pembelajaran di rumah. Semua kelas kami berlaku di centre kami sendiri.

Tidak perlu bawa iqra’ kerana kami menggunakan modul pembelajaran yang anda akan dapat sewaktu buat pendaftaran. Al quran boleh dibawa sewaktu kelas Talaqqi ataupun Tajwid.

Pengambilan pelajar di  Easy Ngaji Ipoh dibuka setiap bulan. Dijangkaan kelas akan bermula pada minggu pertama bulan tersebut. Namun masih belum dimuktamatkan tarikh sebenar. Sila daftar dahulu. Pihak Pengurusan akan memaklumkan anda tarikh sebenar selepas dimuktamatkan oleh bahagian pengurusan kelas.

PEJABAT KAMI

Theme: Overlay by Kaira
Copyright : easyngaji.com