Orang yang koma tak perlu qada solat ke?

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar…..”
(Al-Ankabuut 29:45)

Persoalan : Sekiranya seseorang itu koma berbulan-bulan, adakah dia perlu qada semula solat setelah sedar?

Menurut kamus edisi ke empat, koma bermaksud keadaan tidak sedarkan diri untuk beberapa tempoh yang lama (akibat daripada kemalangan atau sesuatu penyakit). Berdasarkan isu itu, dapat kita lihat dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Allah tidak akan memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia akan mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakannya.”
(Surah Al-Baqarah 2:286)

Syeikh Al-Maraghi berkata, Allah SWT tidak membebankan hamba-hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka kerjakann. Bahkan sifat kemurahanNYA memberi kemudahan kepada mereka. [ Lihat tafsir Al-Maraghi, 2/672 ]

Orang yang koma dalam tempoh lama tidak perlu qada solatnya kerana dalam tempoh itu, akalnya dikira sebagai tidak berfungsi. Seperti yang kita maklum, salah satu perkara wajib solat ialah waras atau berakal. Maka sebab itu, orang gila, pengsan atau mabuk tidak diwajibkan solat kerana pada waktu tersebut akan mereka sudah tidak berfungsi.

Ulama’ mengqiyaskan bagi setiap orang yang hilang akal dan orang gila, sekiranya dia sembuh dan berbaki masa untuknya solat, maka wajib baginya solat. Bagaimanapun, tidak wajib baginya untuk qada solat dalam tempoh berkenaan (hilang akal).

Imam An-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu’ : “Sesiapa yang hilang akalnya dengan sebab tidak diharamkan (syarak) seperti menjadi gila, koma, pengsan atau hilang akal dengan sebab sakit atau meminum ubat kerana keperluan atau dipaksa minum minuman yang memabukkan sehingga hilang akalnya, tidak wajib qada solat dalam tempoh berkenaan. Inilah yang menjadi mazhab ikutan kami (Mazhab Syafie). [Lihat Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab 3/6].

Terdapat pelbagai pandangan fuqaha dan mazhab mengenai isu ini.

Mazhab Maliki dan Syafiie berpendapat, tidak perlu qada kerana ia tidak termasukdalam mukallaf, dalam keadaan pengsan atau koma.

  • Mazhab Maliki dan Syafiie berpendapat, tidak perlu qada kerana ia tidak termasuk dalam mukallad, dalam keadaan pengsan ataupun koma.
  • Mazhab Hanbali berpendapat perlu qada.
  • Mazhab Hanafi pula, perlu qada sekiranya tidak melebihi enam waktu solat [Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah 11/10]

Apabila meneliti hujahan pendapat ulama’ dan fuqaha, perlu qada solat sekiranya tempoh pengsan pendek [seperti kurang daripada tiga hari] dan tidak perlu qada sekiranya tempoh koma atau pengsan lama dan lebih daripada tiga hari. Itulah amalan sahabat Rasulullah SAW.

SUMBER :
1) Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
2) Berita Harian Metro Edisi Khas

Theme: Overlay by Kaira
Copyright : easyngaji.com