Setiap peserta seminar wajib membuat pengesahan kehadiran melalui Borang Pengesahan Kehadiran sebelum menghadiri sesi seminar.
Sila klik butang di bawah ini untuk sahkan kehadiran anda dan link zoom akan terus diberikan kepada anda melalui SMS dan disediakan di dalam telegram.
Setiap peserta akan melalui dua sesi bagi Seminar Fatihah Pro Online 4.0 kali ini.
Yang pertama, semua peserta akan melalui Zoom Gear Up bersama En Irfan Mokhtar pada 28 Ogos 2021, jam 9.00 pagi.
Yang kedua adalah sesi Seminar Fatihah Pro Online 4.0 pada 4 Sept 2021, jam 8.30 pagi bersama Ustaz Abdul Hadi.
Akses link akan diberikan di dalam Group Telegram Seminar Fatihah Pro Online. Pastikan anda akses masuk ke seminar awal untuk mengelakkan sebarang isu berlaku.
Seminar ini akan berlangsung 100% secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM. Oleh itu peserta wajib memuat turun aplikasi ini ke dalam peranti telefon bimbit, laptop, atau tablet yang bakal anda gunakan ketika seminar.
Semua peserta digalakkan mengambil wuduk dan menutup aurat ketika sepanjang seminar berlangsung.
Semua peserta diminta untuk membuka akses kamera dan offkan akses mikrofon.
1. Niatkan untuk menuntut ilmu pada seminar ini kerana Allah.
2. Siap sedia dengan buku nota dan alat tulis. Pastikan tempat anda selesa.
Pastikan anda buka camera dan mutekan microphone. Pastikan internet anda dalam keadaan yang stabil
3. Kekal fokus di dalam kelas. Catitkan setiap apa yang diajarkan sepanjang sesi seminar ini.
4. Stay sehingga ke akhir kelas. InshaAllah akan ada keberkatan buat mereka yang stay sehingga penghujung.
5. Jaga bahasa anda. Pastikan tidak komen atau cakapkan perkara yang tidak baik kepada guru dan rakan-rakan di dalam kelas mahupun sepanjang seminar ini.
Respon lah dengan perkataan yang baik apabila guru memerlukan respon.
Pastikan anda sentiasa alert dengan sebarang hebahan daripada pihak Easy Ngaji tidak kira hebahan SMS, Whatsapp dan sila semak juga Group Telegram yang kami sediakan untuk pastikan anda tidak terlepas info penting menuju ke seminar ini nanti.
Jika perlukan bantuan, sila hubungi Tim Easy Ngaji (En Aslaha)