Kenapa ada orang boleh buat 1001 benda dalam masa sehari?
Sedang kita asyik tak cukup masa, asyik merungut semua benda serba tak kena, dan rasa tak tenang?
Kita rasa terkilan. Ilmu yang kita belajar kita tak dapat nak amalkan atau susah nak amalkan.
Kita tertanya-tanya, kenapa ilmu yang kita belajar macam hilang macam tu je.
Mana silapnya?
Dan bila nak belajar, kita rasa susah dan macam banyak je halangan.
Kadang-kadang dah pergi kelas dan belajar. Tapi pelik, ilmu yang kita belajar tu tak ubah apa-apa dalam diri kita.
Dan kenapa eh? Akhlak kita tak selari pun dengan ilmu yang kita pelajari?
Belajar hanya untuk peperiksaan?
Fantasi macam Harry Potter?
Kenapa hidup kita terkejar-kejar seperti pelarian?
Sedangkan hidup ini sebuah perjalanan yang harus dinikmati.
Jom kita berfikir dan hayati
Jika dulu, kita belajar sebab nak jadi pandai. Sekarang kita dah sedar. Rupa-rupanya semakin kita belajar, semakin banyak kita tak tahu.
Hidup tidak pernah berhenti mengajarkan kita banyak hal, oleh kerana itu kita juga jangan pernah berhenti untuk belajar.
Cuba kita lihat semula pada persoalan yang asal
Kenapa ada orang yang boleh berjaya, boleh bahagia, boleh lebih tenang?
Allah Maha Pemurah, Pengasih & Penyayng. Allah dah pandu hidup kita ini dengan sunnatullah.
Nak pandai, rajin cari ilmu dan belajar. Kena amalkan untuk lebih mudah faham dan lalui pengalaman.
Nak berjaya, kena rajin berusaha.
Nak bahagia, kena selalu bersyukur.
Nak ketenangan, kena sentiasa yakin dan percaya pada Allah.
Bila kita berilmu dan beriman. Kita akan percaya dan mengikut sunnatullah.
Dan panduan hidup ini pun Allah sudah berikan mukjizat pada Rasulullah saw iaitu Al-Quran.
Al-Quran hadir sebagai peringatan dan solusi pada kehidupan kita.
SEBENARNYA JALAN ILMU ITU KITA DAH LALUI
Cuma konsep belajar itu tidak kita masukkan dalam kehidupan kita.
Kita belajar dan terus belajar tapi kehidupan kita tidak berpandukan
Al-Quran.
Rasa banyak cabaran yang kita rasai sepanjang menuntut ilmu.
"Ni dah pernah belajar dah dulu"
"Ni zaman belajar dulu dah tahu"
SAMPAI BILA KITA NAK TERUS JADI MACAM NI?
BACA INI DAHULU
Misi utama mencari ilmu adalah untuk mendapat redha Allah. Dengan adanya ilmu, kita mampu untuk memperbaiki diri.
Kita tak mampu untuk mengubah orang lain tetapi kita kita mampu untuk mengubah diri sendiri dengan ilmu yang kita ada. Insha Allah.
Semoga dengan akhlak yang baik mampu menjadi panduan kepada anak-anak, ahli keluarga atau orang sekeliling kita dan secara tidak langsung kesakitan kita dalam menuntut ilmu dapat memberi manfaat kepada orang sekeliling kita. Insha Allah.
(Jamaliah)
Untuk dapatkan ilmu, saya perlu lalui segala cabaran yang mendatang.
Namun, dalam masa yang sama sikap saling menghormati perlu ada antara keluarga & bersama guru yang membimbing ke arah impian kita.
Berharap janganlah sampai kita tersasar dari landasan kehidupan, istiqomah adalah perkara utama.
(Nanny Yusof)
KEHIDUPAN BERILMU ITU AKAN MENJADIKAN HIDUP KITA LEBIH BERMANFAAT
Inginkan keutamaan di dunia perlukan ilmu.
Inginkan keutamaan di akhirat perlukan ilmu.
Inginkan keutamaan di kedua duanya juga perlukan ilmu.
Visi utama kehidupan kita ini tidak lain tidak bukan untuk mendapat keredhaan Allah.
Namun, perjalanan menuntut ilmu itu sahaja tidak menjamin kita ke syurga Allah. Perlulah mengikut jalan yang telah ditinggalkan Rasulullah saw dan berpandukan pada Al-Quran.
SEBELUM KITA PERGI LEBIH JAUH
Perkara paling penting adalah keputusan.
Buat keputusan anda sekarang....
Keputusan yang anda bakal lakukan ini bakal mengubah cara fikir dan kehidupan anda.