Sedar atau tidak sedar

Kita semua dalam sebuah perjalanan kembali kepada Allah swt

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

"

Dari Allah swt kita datang, & kepadanya juga kita akan kembali.

Tapi, sebelum kita ke alam yang kekal abadi, kita akan melalui satu alam yang dipanggil alam kubur (Barzakh).


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

”Berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekalan adalah takwa dan
bertawakallah kepada-Ku hai orang yang berakal”

(Surah al-Baqarah, ayat 197)

Tapi, dah sedia ke kita?
Cuba lihat;

Sibuk Bekerja
Sibuk Uruskan Keluarga
Sibuk Dengan Rakan-Rakan

Salahkah apa yang kita buat ni?

Tak salah tapi berbaloikah kesibukan kita jika terabai tujuan
penciptaan sebagai khalifah di bumi & tanpa persediaan di alam yang mendatang?

INGAT!

Kehidupan di DUNIA ni sekejap sahaja jika dibandingkan dengan akhirat yang abadi.


Antara amalan yang Rasulullah swt lakukan, & patut dijadikan pedoman untuk kita adalah

”Sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah & surah Al Mulk”.

Nak tak nak, kita perlu menyiapkan diri dari sekarang. Ikut pesan Rasulullah saw. Rasulullah saw tak tinggalkan harga atau pangkat tetapi Rasulullah saw tinggalkan 2 perkara. Iaitu Al Quran & As Sunnah.

Tak dapat buat dua-dua, mula dengan 1 surah dahulu. Mulakan dengan membaca surah Al Mulk. 

Setiap surah dalam Al Quran memiliki kelebihan yang tersendiri. Begitu juga Al Mulk.

Dia antara kelebihan surah Al Mulk adalah:

  • Menjadi penghalang dari siksa kubur
  • Surah yang menjadi rutin bagi Rasulullah saw sebelum tidur
  • Menjadi penyelamat dari siksa neraka
  • Memberi syafaat pagi pembacanya

Kita semua akan melalui fasa-fasa selepas alam dunia. Kita akan berjumpa dengan 2 malaikat di alam
kubur. InsyaAllah, dengan syafaat bacaan surah Al Mulk yang baik dan betul, ia dapat membantu kita
di alam kubur & juga alam akhirat sana.


Sesungguhnya, sebaik-baik teman adalah Al Quran. Bersahabatlah dengan Al Quran, InsyaAllah ia
adalah peneman sejati didunia, di alam kubur & hingga ke akhirat.
Biar kita sibuk belajar membaca Al Quran didunia, agar kita lebih tenang di kubur nanti.

 
Dari Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda yang bermaksudnya: Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat
kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk.
Riwayat Ibn Majah (3786)

Macam mana nak baca Al Mulk dengan betul bacaan tajwid supaya ia menjadi syafaat buat kita?

 

Tak lain tak bukan perlulah dengan bimbingan guru.

Tak dapat nak berikan komitmen pada kelas?

Jadual masa kerja tak menentu?

Nak belajar secara bersendirian?

Nak ulang-ulang bacaan Al Mulk?

Nak belajar melalui audio, tapi bacaan di YouTube agak laju!

Tak dapat follow?

Mula praktis bacaan Al Mulk dengan Kit Al Mulk.
Apa yang special dengan Kit Al Mulk?
-Mudah
-Praktikal
-Bimbingan guru
-Menyeluruh
-Pembahagian ayat untuk setiap module supaya ianya lebih praktikal
-Penerangan kesalahan umum dalam setiap ayat
-Perkongsian hukum tajwid, makhraj dan sifat huruf

Biar kita mula dengan 1 surah demi 1 surah. Yang penting kualiti bacaan kita adalah betul dan dikira sebagai amalan kebaikan. InsyaAllah.


Allah tidak menilai “Apa HASIL daripada usaha yang kita buat.

Tetapi Allah menilai “Apa USAHA yang kita lakukan”.

Semoga usaha kita untuk membaca Al Mulk, belajar melalui Al Mulk kit ini dengan niat
ingin mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw ini dipandang oleh Allah swt dan Rasulnya.
InsyaAllah.


Anda nak rebut peluang untuk dibimbing dalam bacaan Al-Mulk?

KAMI BUKA PELUANG UNTUK BANTU ANDA

Anda serious nak bedah tajwid bacaan Al-Mulk?
Hubungi Team Easy Ngaji!