Kerjaya Bersama Easy Ngaji

JOM BINA KERJAYA ANDA BERSAMA KAMI

Siapa Kami?

Easy Ngaji ini dibina khas bagi menyediakan kelas, seminar, dan program dalam bidang pengajian Al Quran. Hampir 1,000 orang telah mengikuti kelas bersama kami sejak 2014 dan mendapat manfaatnya. Malah ada yang sudah mahir membaca Al Quran walaupun bermula dari zero! Kini kami menyediakan kelas di sekitar Ipoh serta secara online di serata Malaysia, Indonesia & SIngapura.

Adakah anda ingin menjadi sebahagian dari kami?

“Sebaik baik Di Kalangan Kamu Orang Yang Belajar Al Quran Dan Mengajarkannya (Kepada Orang Lain)”
~Riwayat Imam Al Bukhari~

Lokasi Kami

Apa itu Tutor Al Quran?

Bermula tahun 2019, Easy Ngaji telah membuka satu lagi modul pembelajaran iaitu Bimbingan Mengaji Individu atau lebih dikenali sebagai BMI. 

BMI ini adalah pembelajaran secara one to one (personal) bermula dari asas iaitu dengan mengenal huruf sehingga talaqqi (untuk khatam 30 juzuk). BMI ini dijalankan tanpa modul dan hanya mengfokuskan kepada permasalahan pelajar. Tiada tempoh pembelajaran dihadkan kepada pelajar. Tetapi pelajar diajar berpandukan kepada modul Easy Ngaji itu sendiri. Kelas secara fizikal atau secara online (sekiranya tidak tinggal di Ipoh).

Kini, kami membuka peluang pada lebih ramai tenaga pengajar di luar sana untuk menjadi sebahagian daripada kami menjadi Tutor Al Quran kami untuk membantu lebih ramai orang di luar sana dalam belajar Al Quran.

Kenapa anda patut bersama kami?

Pengalaman Kami

Kami sudah memulakan perjalanan sejak tahun 2014 lagi di dalam bidang pengajian Al Quran.

Modul yang sistematik

Kami mempunyai modul yang tersusun dan lebih sistematik yang telah terbukti dapat membantu hampir 1000 orang pelajar.

Training

Kami menyediakan training khas kepada semua tenaga pengajar dalam upgrade ilmu & skill.

Jadual yang fleksibel

Setiap Tutor Al Quran boleh meletakkan waktu yang fleksibel untuk mengajar.

Pendapatan Anda

Anda boleh jana pendapatan tanpa had bersama kami melalui kelas yang anda uruskan.

Video Diari Inspirasi
Guru Easy Ngaji

Bagaimana?

Anda boleh bersama kami sebagai Tutor Al Quran dengan 4 cara mudah.

Bina profil anda bersama kami. Nyatakan kemahiran dan ilmu anda serta waktu yang anda available.

Anda akan dipanggil bagi proses temuduga dan penilaian.

Anda akan melalui training bagi mempersiapkan diri untuk kelas.

Anda boleh menjana pendapatan tanpa had bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat. InshaAllah

Hubungi Kami

Theme: Overlay by Kaira
Copyright : easyngaji.com