Kelebihan Istighfar

Istighfar adalah salah satu amalan yang menjadi sebab datangnya kebahagiaan. Istighfar memiliki banyak keutamaan antaranya menyebabkan seseorang diampuni dosa-dosanya serta dimasukkan ke Syurga. Selain itu istighfar ini menghindarkan seseorang itu daripada musibah serta bertambahnya harta dan zuriat.

Begitu besar kelebihan istighfar ini?

Ya. “Aku memohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung” merupakan kalimah kecil yang membawa maksud yang besar. Mungkin sebahagian daripada kita kurang memerhatikan hal ini bahkan memandang enteng dengan kalimah pendek ini. Namun demikian ketahuilah bahawa istighfar dan taubat mampu menjadi sebab terbukanya pintu-pintu rezeki serta dimudahkan rezeki.

“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”
(Surah An-Nasr: 3)

Justeru pasti lafaz yang tinggi kepentingannya sehingga sering dianjurkan Allah swt di dalam kitabNya ini memiliki banyak rahsia dan kelebihannya. 

Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan mengamalkan istighfar di dalam kehidupan seharian kita :

  1. Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt
  2. Dimakbulkan Permintaan & Hajat
  3. Bertambah Kekuatan
  4. Mudah Mendapat Zuriat
  5. Menyembuhkan Penyakit
  6. Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah
  7. Dijauhkan dari Azab & Bala
  8. Ditambah Nikmat & Kekayaan
  9. Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke Syurga
  10. Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar dari Kesusahan & Kesedihan
  11. Menggembirakan Allah & Dicintai Allah

Dengan begitu banyak kemanisan, ganjaran dan kelebihan istighfar, maka rugilah jika kita tidak mengejar segala kebaikan ini untuk pelaburan dunia dan keuntungan akhirat. Berhentilah berdolak-dalih dengan pelbagai alasan untuk kembali kepada Tuhan sedangkan istighfar boleh dilakukan di mana sahaja dengan lafaz yang paling mudah. Lazimi istighfar ketika senang, mudahan istighfar menjadi asbab bantuan ketika susah.

“Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah s.w.t juga menjanjikan keampunan kepada hamba-hambaNya yang bertaubat. Firman Allah itu pasti membuatkan kita bertambah bersemangat untuk selalu memohon keampunan Allah. Kayanya Allah, Dia bukan sahaja menjanjikan keampunanNya, bahkan menjanjikan kekayaan daripada limpah kurniaNya yang luas.

Kita semua pasti pernah mengalami hari yang sukar. Kereta rosak, anak sakit, tiada air berhari-hari, dibebani hutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap dan pelbagai lagi cabaran hidup.

Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuaca panas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar.

Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?

Para ulama’ yang dekat dengan cara fikir Al-Qur’an dan Al-Sunnah cukup memahami hakikat kehidupan ini. Ibnu Kathir berpesan,

“Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan mengampuninya.”

SUMBER :
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/
http://www.ilmusunnah.com/menjemput-rezeki-dengan-istighfar-
https://www.hmetro.com.my/addin/2018/
https://tzkrh.com/11-kelebihan-istighfar


Theme: Overlay by Kaira
Copyright : easyngaji.com
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap