Mahukah anda melihat anak-anak anda mampu membaca Al Quran dengan baik?

Kami menyediakan kelas yang sesuai untuk anak anda bermula 7 tahun sehingga 12 tahun.

Kelas Asas Al Quran

Kelas Asas Tajwid

Kelas Asas Al Quran

Kelas Asas Al Quran merupakan kelas pada tahap 1. Kelas ini akan membantu pelajar untuk mengenal dan mahir dari segi huruf hijaiyyah dan bunyi bunyi yang terdapat di dalam Al Quran. Objektif kelas ini akan membantu pelajar untuk menguasai asas dalam pembacaan Al Quran. Kelas ini mengandungi 11 bab pembelajaran dan 6 prinsip asas.

6 prinsip asas yang ditekankan di dalam kelas ini

Kelas Asas Tajwid dan Khatam Al Quran

Kelas Asas Tajwid merupakan kelas pada tahap 2. Kelas Asas Tajwid memfokuskan pada pembelajaran ilmu tajwid secara teori dan praktikal. Kelas ini mengabungkan pembelajaran tajwid dan talaqqi (bacaan Al Quran) bersama guru. Fokus kelas ini adalah untuk membantu para pelajar untuk khatam 30 juzuk secara bertajwid. Tempoh kelas ini memakan masa selama 2 tahun untuk khatam 30 juzuk.

Terdapat 3 konsep yang perlu dikuasai di dalam kelas ini

Lokasi Kelas Kami

Tambun

16A, JLN PASAR TAMBUN, 31400 IPOH PERAK

(Atas Dobi Suci)

Soalan Lazim

Pengambilan kelas pada setiap bulan. Pelajar boleh terus masuk kelas pada setiap minggu.

Bagi Kelas Asas Al Quran, pelajar akan melalui sebanyak 24 sesi iaitu selama 6 bulan. Manakala bagi Kelas Asas Tajwid pula dalam tempoh 2 tahun kerana pelajar akan dibantu untuk khatam Al Quran.

Tempoh Hafazan pula memakan masa 2 tahun lebih untuk hafazan sehingga Juzuk 28.

Tiada diskaun diberikan jika mendaftarkan 2 orang pelajar ke atas. Yuran pendaftaran dan yuran bulanan adalah tetap.

Kelas kanak kanak adalah untuk yang berumur 7 tahun sehingga 15 tahun sahaja.

Untuk 7 tahun ke bawah boleh hantar ke Al Baghdadi PlayCare manakala yang 16 tahun ke atas boleh sertai kelas dewasa.

Ya. Pusat pembelajaran ini disokong oleh JAKIM dan Mufti2 seluruh Malaysia. Pusat pembelajaran ini juga mendapat 4 Malaysia books of records untuk kaedah pembelajaranya.

PEJABAT KAMI

Theme: Overlay by Kaira
Copyright : easyngaji.com