Soalan Lazim
Bagi Kelas Asas Al Quran & Kelas Asas Tajwid, tempohnya adalah selama 6 bulan. Manakala bagi Kelas Talaqqi pula, tempohnya adalah 2 tahun.
Bagi kelas BMi pula, tempohnya memakan masa 2 tahun untuk khatam Al Quran tetapi bergantung pada permasalahan yang pelajar hadapi.
Kelas yang lain adalah pembelajaran secara berkumpulan. Pembelajarannya mengikut silibus yang telah ditetapkan.
Manakala bagi kelas BMi pula, kelas ini adalah kelas individu yang memfokuskan pada masalah yang dihadapi. Pebelajaran tidak mengikut silibus secara khusus.
Kami tidak mempunyai kelas harian di sini. Kelas kami hanya seminggu sekali sahaja.
Kelas kami tidak asing lelaki dan perempuan. Kelas dicampurkan tetapi tempat duduk diasingkan. Ini juga memberi peluang kepada ramai suami isteri untuk sertai kelas kami bersama sama.
Walaupun kami menetapkan sehingga 80 tahun untuk kelas-kelas kami tetapi kami tidak menghadkan umur kepada yang ingin menyertai kelas kami. Selagi ada kemampuan boleh sertai kami.
Servis kami tidak menawarkan pembelajaran di rumah. Semua kelas kami berlaku di centre kami sendiri.
Tidak perlu bawa iqra’ kerana kami menggunakan modul pembelajaran yang anda akan dapat sewaktu buat pendaftaran. Al quran boleh dibawa sewaktu kelas Talaqqi ataupun Tajwid.
Pengambilan pelajar di Easy Ngaji Ipoh dibuka setiap bulan. Dijangkaan kelas akan bermula pada minggu pertama bulan tersebut. Namun masih belum dimuktamatkan tarikh sebenar. Sila daftar dahulu. Pihak Pengurusan akan memaklumkan anda tarikh sebenar selepas dimuktamatkan oleh bahagian pengurusan kelas.