Islam adalah agama yang sempurna. Semua perkara yang dibutuhkan manusia di dunia ini dan di akhirat nanti telah dijelaskan. Termasuk masalah kesucian dan kebersihan. Banyak ayat Al-Qur’an dan hadits Nabi s.a.w yang memerintahkan atau menganjurkan kebersihan.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang menyucikan diri.”
(Al-Baqarah 2:222)
“Kesucian itu separuh daripada iman”
(Sahih Muslim)
Daripada ayat-ayat ini, menjelaskan bahawa Allah menyukai orang-orang yang sentiasa berpakaian baik, bersih, menyucikan diri dari segi fizikal, dosa, keburukan jiwa mahupun kotoran zahir yang lainnya.
Maka adalah sangat penting untuk menyucikan diri terutama apabila sebelum beribadah. Semisalnya, menyucikan diri dari perkara najis termasuklah air kencing.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasullah s.a.w bersabda,
“Kebanyakan azab kubur itu pada kencing”
(Musnad Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah melalui berhampiran salah satu tembok dari tembok di Madinah atau Makkah, lalu baginda terdengar suara dua orang yang diazab di dalam kubur mereka. Maka, Nabi Muhammad s.a.w pun berkata,
“Mereka berdua sedang diazab. Tidaklah mereka diazab kerana perkara yang besar (rumit). Iya. Sesungguhnya salah seorang daripada mereka tidak menjaga diri daripada kesucian air kencing manakala seorang lagi sering melakukan namimah (mengadu domba) ke sana ke mari.”
(Sahih Al-Bukhari)
Air kencing manusia termasuk najis, maka badan, pakaian, atau tempat yang terkena air kencing harus dibersihkan. Jika tidak dibersihkan, maka itu bisa menjadi penyebab siksa kubur.
Al-Imam Al-Bukhari juga menerangkan bahawa termasuk dalam dosa-dosa besar barangsiapa yang tidak menjaga dirinya dari air kencing.
Maka termasuk perbuatan kurang adab ketika sebagian orang, baik orang tua atau anak-anak, laki-laki atau perempuan, buang air di pinggir jalan. Bau kencing tersebut juga akan mengganggu orang lain, sehingga menyebabkan cacian kepada pelakunya.
Dari Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu anhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda,
“Jagalah dirimu dari tiga tempat yang membawa laknat: buang hajat di tempat-tempat berkumpulnya air, di jalan raya, dan di tempat bernaung”.
(HR. Abu Dawud)

MENGAPA AIR KENCING MENJADI PENYEBAB KITA DIAZAB?
Kerana ia najis. Dan najis adalah penyebab solat tidak sah, penyebab diri kita tidak suci untuk beribadah. Tidak melindungi diri dari terkena percikan atau saki baki air kencing itu sendiri adalah di antara sebab yang akan mengakibatkan seseorang itu terkena azab kubur.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAK SEKSA KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING?
- Mengurut kemaluan selepas kencing (Pastikan tiada saki baki di hujung saluran air kencing)
- Berdehem selepas kencing.
- Kencing dalam keadaan duduk (Ulama’ menghukumkan kencing berdiri sebagai makruh)
- Istinja’ (bersihkan) kemaluan terlebih dahulu sebelum memakai pakaian (termasuk pakaian dalam.
- Tidak kencing di dalam takungan air yang tenang (yang tidak mengalir)
SUMBER :
http://www.fatehteam.com/Azab-kubur-2394-2/
http://www.ilmusunnah.com/kebanyakan-azab-kubur-