Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan, kemudian peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Madrasah Idirisiah dan menyambung pengajian tinggi di Universiti Sultan Azlan Shah dalam bidang syariah (pengajian islam) . Seterusnya beliau meneruskan pengajian Bahasa Arab di Pusat Pengajian “Markaz Lughat” Kaherah Mesir .
Kini beliau berkhidmat di Easy Ngaji Ipoh sebagai Eksekutif Akademik dan Ketua bagi kesemua Tenaga Pengajar di sini. Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, beliau telah mengikuti Kursus Hafazan Neurofisiologi dan Kursus Asas Tajwid.
Beliau mendapat pengiktirafan Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid.
Beliau turut memiliki Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt Mesir dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.
Sejak tahun 2019, beliau telah mengendalikan beberapa program dan seminar yang melibatkan ribuan peserta dan pelajar. Antaranya Seminar Easy Tajwid, Seminar Fatihan Pro, Seminar Makhraj Huruf, Seminar Sifat Huruf dan Kelas Intensif Tajwid Online.
En Irfan Mokhtar merupakan salah seorang Trainer di Easy Ngaji dan berperanan sebagai pemasaran dan jualan.
Mungkin anda lebih mengenali Ustaz Abdul Hadi dengan nama Easy Ngaji yang menganjurkan pelbagai seminar, program mahupun kelas-kelas Al-Quran. Beliau adalah partner bersama Ustaz Abdul Hadi dan merupakan orang di sebalik tabir yang membangunkan Easy Ngaji sehingga ke tahap sekarang ini.
Beliau telah berpengalaman hampir 4 tahun menyusun semua seminar dan kelas di Easy Ngaji. Antaranya Seminar Express Tajwid, Seminar Fatihah Pro, Seminar Makhraj Huruf, Seminar Sifat Huruf, Kelas Intensif Tajwid Online dan pelbagai lagi.
Beliau juga telah mengendalikan beberapa program antaranya Cerita Baik-Baik, Amazing Ramadan, Cerita Syurga dan sebagainya.