Dari segi hukum Islam, sememangnya agama menggalakkan umatnya menjaga kecantikan dan kebersihan dengan syarat tidak mengubah ciptaan Allah. Zaman sekarang dah semakin maju, bermacam-macam teknologi sudah wujud. Setakat nak jadi cantik, sekejap sahaja. Malah, lebih cantik dari rupa asal pun boleh. Asalkan ada duit, semua perkara jadi. Namun, adakah kita berfikir tentang hukum sesuatu perkara itu?
Pemakain ‘braces’ atau pendakap gigi juga banyak dilakukan pada masa kini. Pada zaman Rasulullah dahulu, wanita-wanita jahiliyah suka menjarangkan gigi mereka untuk kelihatan cantik. Namun perkara tersebut dilarang dan dilaknat oleh Rasullah. Sehingga ada hadis berkenaan perkara tersebut.
“Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan gigi hanya untuk kelihatan cantik dan mengubah ciptaan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika seseorang itu pada asalnya mempunyai gigi yang cantik, kemudian terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kerosakan teruk pada gigi, atau tidak sama lagi seperti yang asal, maka harus untuk seseorang itu memakai pendakap gigi.
Satu lagi situasi apabila seseorang itu mempunyai gigi yang jongang sehingga menyukarkan untuk dia menguyah makanan, ataupun kecacatan yang dialami mengaibkan diri, maka seseorang itu diharuskan untuk memakai pendakap gigi.

Adakah dengan demikian dikira sebagai mengubah cipataan Allah?
Terdapat larangan yang jelas melalui al-Quran dan juga hadis Nabi SAW, melarang untuk mengubah ciptaan Allah SWT.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka meubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”
(Al-Nisaa’: 119)
Difahami melalui ayat di atas sebahagian ahli tafsir iaitu terdapat larangan untuk menukar apa yang telah Allah SWT ciptakan dari rupa bentuk terhadap makhluk ciptaannya. Bahkan dalam hadis yang lain, Nabi SAW telah melaknat golongan yang melakukan pengubahan terhadap tubuh badan seperti bertatu, menjarangkan gigi serta mengasahnya dan menipiskan bulu kening.
Mengubah ciptaan Allah SWT bukan sahaja mendapat laknat daripada Allah SWT dan Rasul-Nya, tetapi ianya juga merupakan satu pembaziran. Mereka sanggup menghabiskan banyak wang untuk kelihatan cantik dan dipandang oleh manusia tanpa mengambil berat terhadap hakikatnya dan mengutamakan jasad daripada roh.
Tetapi jika terdapat pada manusia itu sebarang kecacatan atau keaiban yang menyebabkan kesakitan pada anggota badan seperti lebihan daging dan seumpamanya yang menyebabkan sakit dan pedih, maka perkara seperti itu dibenarkan oleh Allah SWT untuk mengubahnya dengan tujuan untuk mengubati penyakitnya. Allah SWT tidak mahu menyusahkan hambaNya dalam berpegang kepada agamaNya.
Kata Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi :
“Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya terdapat daging tambahan yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Ini kerana Allah tidak menjadikan agama ini dengan kesukaran.”
SUMBER :
https://www.kifarahmedia.com/
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel