WEBINAR INI PERCUMA SAHAJA

Rasulullah saw bersabda;

"Aku akan mengajarkan kamu satu surah yang paling agung di dalam Al-Quran"

"Itulah surah yang dipanggil Al-Sab'u Al-Mathani (Al-Fatihah) "

Riwayat Bukhari

Surah Al Fatihah ini sangat istimewa dan tidak ada satu pun kandungan kitab Taurat, Zabur atau Injil yang setanding dengan Al-Fatihah.

Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa Al-Fatihah merupakan surah pertama di dalam Al-Quran?

Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa Al-Fatihah diwajibkan dalam solat kita?

Dan Al-Fatihah merupakan salah satu perkara yang wajib di dalam solat.

Rasulullah saw bersabda;

“Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.”

Riwayat Bukhari

Kami nak ajak anda untuk bersama kami dalam perjalanan menuju Ramadan.

Kita perbaiki 2P dalam Surah Al-Fatihah.

Kita tingkan kualiti penghayatan dan pembacaan Surah Al-Fatihah kita.

Webinar ini PERCUMA sahaja.

USTAZ ABDUL HADI TAJUL

Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan, kemudian peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Madrasah Idirisiah dan menyambung pengajian tinggi di Universiti Sultan Azlan Shah dalam bidang syariah (pengajian islam) . Seterusnya beliau meneruskan pengajian Bahasa Arab di Pusat Pengajian “Markaz Lughat” Kaherah Mesir .

Kini beliau berkhidmat di Easy Ngaji Ipoh sebagai Eksekutif Akademik dan Ketua bagi kesemua Tenaga Pengajar di sini. Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, beliau telah mengikuti Kursus Hafazan Neurofisiologi dan Kursus Asas Tajwid.

Beliau mendapat pengiktirafan Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran dan Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid.

Beliau turut memiliki Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt Mesir dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.

EN IRFAN MOKHTAR

En Irfan Mokhtar merupakan salah seorang Trainer di Easy Ngaji dan berperanan sebagai pemasaran dan jualan.

Mungkin anda lebih mengenali Ustaz Abdul Hadi dengan nama Easy Ngaji yang menganjurkan pelbagai seminar, program mahupun kelas-kelas Al-Quran. Beliau adalah partner bersama Ustaz Abdul Hadi dan merupakan orang di sebalik tabir yang membangunkan Easy Ngaji sehingga ke tahap sekarang ini.

Beliau telah berpengalaman hampir 4 tahun menyusun semua seminar dan kelas di Easy Ngaji. Antaranya Seminar Express Tajwid, Seminar Fatihah Pro, Seminar Makhraj Huruf, Seminar Sifat Huruf, Kelas Intensif Tajwid Online dan pelbagai lagi.

Beliau juga telah mengendalikan beberapa program antaranya Cerita Baik-Baik, Amazing Ramadan, Cerita Tenang, Cerita Syurga dan sebagainya.

Jika perlukan bantuan, hubungi team kami