Buli
Kes buli adalah sesuatu yang memberi kesan buruk kepada mangsa buli. Juga satu sikap yang boleh merosakkan sehingga melibatkan kecederaan. Sikap membuli ini adalah sikap yang Allah tidak suka dan semestinya mesti ditangani. Sebelum kita menangani anak orang lain, kita seharusnya menangani anak kita sendiri daripada sikap membuli ini.
Terdapat 2 jenis buli iaitu :
1) Buli fizikal
-Pukul, peras ugut, tampar, tendang, tarik rambut, sepak terajang sehingga menyebabkan kecederaan ataupon kematian.

2) Buli mental
– Ejek mengejek
Sebab utama anak-anak sekarang berani untuk membuli adalah disebabkan keluarga suka marah-marah. Keretakan keharmonian dalam keluarga akan menyebabkan emosi si anak bercelaru. Jika kata-kata kesat selalu dituturkan oleh ibubapa, jika ibubapa sering memanggil nama anak dengan panggilan negatif atau memalukannya, lama kelamaan anak ini akan menjadi seorang pendendam dan pemarah. Anak ini akan melepaskan amarahnya pada kawan-kawannya yang lemah di sekolah.
Selain itu, cara ibubapa menguruskan anak-anak juga memainkan peranan penting. Jika mereka sering dipukul, didera, mereka akan miliki sikap ingin membalas balik apa yang telah mereka lalui tu untuk orang lain juga.
Faktor pemilihan kawan yang tepat juga memainkan peranan. Kawan adalah cermin kita. Jika kita silap memilih kawan, rosaklah kita. Kerana itulah, ibubapa mesti mengenalpasti siapa kawan anak-anak kita.

Cara menghentikan gejala buli.
- Bersama dengan rakan-rakan dan tidak berseorangan.
– Bersama dengan rakan-rakan semasa rehat, di taman permainan atau di dalam bas atau di mana pembuli sering berada. - Mengelakkan diri daripada pembuli.
-Jangan pergi ke sesuatu tempat yang sunyi dan tiada orang. Pastikan anda bersama seseorang sekiranya anda tidak mampu mengelak daripada pembuli. - Abaikan pembuli.
– Praktikkan cara untuk abaikan pernyataan yang menyakitkan. Dengan mengabaikan si pembuli, anda menunjukkan bahawa anda tidak peduli. Lama-kelamaan, si pembuli akan berasa bosan untuk mengganggu anda. - Tahan kemarahan dan tidak beremosi.
– Ianya adalah biasa untuk merasa sedih, takut atau menangis; namun, itulah apa yang disukai oleh para pembuli. Ia membuatkan pembuli berasa berkuasa dan hebat. Oleh itu, elakkan daripada menunjukkan emosi anda seboleh yang mungkin. - Tidak berahsia dan berusaha bendung gejala buli.
– Adukan pada orang yang dipercayai, seperti ibubapa, kaunselor, guru dan bertekad untuk tidak melakukan perkara yang sama dengan si pembuli.

SUMBER :
https://children4change.unicef.my/
https://www.mstar.com.my/isu-semasa