Category: AL QURAN

Nak Dapat Malam Al-Qadr? Lakukan Amalan Ini!

Nak Dapat Malam Al-Qadr? Lakukan Amalan Ini!

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas nikmat Iman, dan Islam. Dengan kedua-dua nikmat ini terselitnya beribu-ribu nikmat lain. Antara nikmat terbesar yang perlu kita umat Islam syukuri adalah nikmat dikurniakan mukjizat yang teragung iaitu Al-Quran sebagai panduan hidup. Bukan itu sahaja, umat Nabi Muhammad SAW bertambah lagi untungnya apabila dianugerahkan oleh Allah SWT satu malam yang merupakan raja bagi segala malam. Terletaknya pada satu bulan penghulu segala bulan. Iaitu Malam Al-Qadr yang tersembunyi dalam 1malam di bulan Ramadhan.

Firman Allah SWT:
(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ 
 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah al-Qadr: 1-3)

Dikenali sebagai raja segala malam kerana kelebihan yang dikurniakan Allah SWT pada malam tersebut. Bahkan para ulama berpendapat bahawa amal soleh yang dilakukan pada malam tersebut merupakan sebaik-baik baik amal kerana ianya lebih baik daripada seribu bulan bersamaan lebih daripada 83 tahun.
Bilakah Malam Al-Qadr itu? Ia menjadi rahsia Allah SWT dan sudah semestinya tersirat hikmat buat kita supaya kita bersungguh-sungguh mengabdikan diri kepada-Nya terutamanya di 10 malam terakhir.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Terdapat pelbagai amalan yang kita digalakkan untuk kita amalkan bagi menghidupkan malam. Jadi, pastikan kita tak terlepas daripada amalan-amalan ini dalam perjalanan kita mendamba raja bagi segala malam ini.


 
Pertama: Jaga solat di siang hari (Solat Fardhu)
Kita semua tahu Lailatul Qadr itu berlaku pada waktu malam yang istimewa. Namun, jangan pula kita lupa bahawa seorang muslim mempunya kewajiban yang lebih perlu diutamakan kerana ia merupakan tiang dan akar bagi agama. Mana mungkin pokok yang lemah akarnya, mampu menampung buah yang sangat lebat. Begitu juga kita tak mampu untuk mandapatkan malam Al-Qadr jika asas kepada agama (solat fardhu) tidak ditunaikan sebaik-baiknya. Bagi yang lelaki, tunaikanlah solat fardhu berjemaah di masjid. Manakala, bagi wanita pula dirikanlah solat di awal waktu.


Firman Allah SWT dalam hadis qudsi: “Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya.” (Riwayat Bukhari)


Dengan istiqomah dalam amalan fardhu, maka mudahlah serta lapanglah jalan untuk kita menunaikan dengan amalan sunat. Ini kerana tidak ada satu amalan yang afdal melainkan setelah melaksanakan perkara fardhu (wajib) terlebih dahulu. Dalam kata mudahnya, amalan wajib dan sunat perlulah seiring.
Seseorang yang sentiasa melakukan ibadah sunat akan dikasihi oleh Allah SWT.

Dalam hadis qudsi, “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepada-Ku, dengan amalan sunat sehingga Aku mencintainya.” (Riwayat Bukhari)
 


Kedua: Puasa Ramadhan & menjaganya daripada perkara yang boleh mengurangi pahala ibadah tersebut.

Puasa yang bersungguh-sungguh yang mendambakan takwa bukan hanya meninggalkan makan, minum, dan perkara yang membatalkan puasa. Akan tetapi ia meliputi puasa bagi anggota tubuh manusia. Iaitu pelihara pancaindera dari segala bentuk maksiat dan kemungkaran. Ia adalah mujahadah (perjuangan) melawan hawa nafsu yang gemar akan kelazatan maksiat.
 
Dengan kejayaan mendidik nafsu untuk tunduk dan taat, mudah-mudahan ia akan menjadi titik mula atau sinar untuk menggapai malam yang mulia iaitu malam Al-Qadr.


Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 
Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Riwayat Al-Bukhari (38)
  


Ketiga: Dirikan solat malam bersama Imam hingga selesai.
Alhamdulillah, apabila ibadah fardhu telah ditunaikan lalu sebaik-baik amalan sesudah solat 5 waktu adalah solat malam.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW pernah ditanya apakah solat yang terbaik selepas daripada solat fardhu. Baginda SAW menjawab:

أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ

Maksudnya: “Solat yang paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat di tengah malam.” [Riwayat Muslim (1163)]

MasyaAllah, mendirikan solat malam adalah sebaik-baik solat sunat. Mungkin menjadi persoalan, bolehkah ia dilaksanakan sendirian?

Sudah semestinya solat sunat Tarawih ini tetap sah walaupun didirikan bersendirian (nafsi). Namun begitu, dalam sebuah hadis menceritakan kelebihan solat malam (tarawih) bersama Imam. Iaitu seumpama ia solat malam sepanjang malam (qiamullail).

Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 734]

 
SubhanaAllah, rugilah jika kita melepaskan kesempatan ini. Moga kita semua dapat istiqomah solat Tarawih & Witir berjemaah bersama Imam. Jika Imam solat 23 rokaat, maka 23 rokaat jugalah kita dirikan manakala jika Imam dirikan 11 rokaat, maka 11 rokkaat jugalah kita dirikan.

Keempat: Baca Al-Quran
Kalamullah yang mulia telah diturunkan pada malam Al-Qadr sebagaimana dalil dari firman Allah SWT dalam Surah Al-Qadr:


(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ 
 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Oleh itu, mana mungkin kita meninggalkan amalan membaca kitab Al-Quran yang mulia ini. Tak sempat? Paling tidak pun bacalah setakat yang mampu, surah Al- Fatihah, atau berwirid.


Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]

Kelima: Iktikaf di dalam masjid
Iktikaf ibarat anak kunci kepada pintu-pintu ibadah. Kerana, dengan beriktikaf sebenarnya ia mendorong atau memudahkan kita untuk melakukan amal ibadah lain. Antaranya:

  1. Niat beriktikaf di masjid merupakan ibadah
  2. Kita terdorong untuk bersedekah pada tabung masjid
  3. Terpelihara daripada perkerjaan/amal yang sia-sia. Hati lebih dekat kepada Allah SWT
  4. Kebiasaan orang yang beriktikaf selalu membaca Al-Quran, berzikir, istighfar dan solat
  5. Malah, jika tidur dalam keadaan iktikaf juga dikira ibadah

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Umar R.A beliau berkata:

 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Riwayat al-Bukhari (2025)

Yang penting, manfaatkan setiap siang dan malam dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Kerana setiap perkara baik yang kita lakukan kerana Allah S.W.T adalah ibadah. Ingat, tak boleh buat semua, jangan pula kita tinggalkan kesemuanya.

Mereka semua bermula dari kosong

Mereka semua bermula dari kosong

Alhamdulilah. Bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan kami memulakan satu usaha untuk memberikan kesedaran dan mengajak orang ramai untuk belajar Al-Quran secara santai melalui Facebook Page kami. Slot Sharing Tajwid, Baiki Surah Lazim & Read Quran diadakan secara live di Facebook Page pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Dengan adanya slot santai ini secara PERCUMA, dapat membantu sedikit sebanyak kesemua followers Easy Ngaji dalam melancarkan bacaan Al-Quran.

#SHARING TAJWID : ISNIN, RABU, KHAMIS & JUMAAT (8.30 PAGI)
#BAIKI SURAH LAZIM : ISNIN & RABU (3.00 PETANG)
#READ QURAN : ISNIN – JUMAAT (5.00 PETANG)

Lebih dari ratusan followers Easy Ngaji yang mengikuti program santai ini dan Alhamdulilah ramai yang berpuas hati dapat baiki bacaan Al-Quran walaupun dalam keadaan wabak pandemik COVID 19 yang melanda kita semua.

Untuk pengetahuan semua, Easy Ngaji telah pun menganjurkan kelas, program dan seminar berkaitan pengajian Al-Quran sejak dari tahun 2015 lagi. Hampir 1000 telah menjadi Alumni Easy Ngaji yang dah berjaya membaca Al-Quran dengan baik.

Kami menyediakan kelas untuk membimbing dari kosong dengan mengenal huruf dan bunyi sehingga berjaya khatam 30 Juzuk Al-Quran. Ramai pelajar yang berpuas hati dan berasa yakin dengan diri sendiri untuk membaca Al-Quran. Dan ramai juga yang dulunya datang seorang sahaja ke kelas, akhirnya membawa seluruh keluarga bersama belajar Al-Quran.

Apa yang kami usahakan ini bukan untuk kepentingan kami sahaja. Tetapi untuk anda dan keluarga anda agar sentiasa dekat dengan Al-Quran.

Saksikan bagaimana perjalanan Puan Normah menceritakan tentang komitmen dan semangat yang tidak pernah berputus asa untuk mempelajari ilmu Al Quran.

Mereka semua bermula dari kosong. Jika mereka boleh, kita juga boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Jom tonton video rakaman slot Baiki Surah Lazim EPISOD 18 (Surah Al-Fil)

Boleh ke mengulang hafazan dalam keadaan haid?

Boleh ke mengulang hafazan dalam keadaan haid?

“Dan apabila Al-Qur’an itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-A’raaf 7: 204)


Dalam permasalahan ini, terdapat dua pandangan. Haram dan harus.

HARAM

Ini merupakan pendapat jumhur fuqaha’. Mereka melarang wanita membaca Al-Qur’an ketika dalam keadaan haid dan sedang berjunub berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar RA.

“Tidak  dibolehkan wanita  dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada Al-Qur’an.”
Riwayat Al-Tirmizi (131)

Hadis ini dhaif di sisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash dari golongan Hijjaz dan riwayatnya daripada mereka adalah dhaif.

HARUS

Hukum harus pula adalah mengikut pendapat ulama’ Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memegang Al-Qur’an bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar.

Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana, hari-hari kedatangan haid itu berlangsung dalam tempoh yang lama. Maka, jika mereka dilarang membaca Al-Qur’an, dibimbangi hafazan Al-Qur’an mereka akan terluput. Sedangkan, berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.

Hal ini juga adalah saling berkait dengan pendapat tokoh ulama’ silam seperti Imam Al-Bukhari, Imam Ibn Jarir dan Imam As-Syafiie dalam qaul qadim yang telah dinukilkan oleh Abu Thaur.

Kesimpulannya, membaca Al-Qur’an dan menghafaznya ketika dalam haid adalah DIBOLEHKAN berdasarkan sebab-sebab yang telah diterangkan.

SUMBER :
1. https://muftiwp.gov.my/
2. Berita Harian Metro bahagian Addin


Theme: Overlay by Kaira
Copyright : easyngaji.com